Wednesday, 20 June 2012

Melalui pemerhatian dan berdasarkan dari sumber2 yang boleh dipercayai, penulis2 di alam maya ini (SMS,FB,TWITTER,dll) kebanyakkan menulis menggunakan short form. Kaedah ini bertujuan untuk meringkaskan perkataan yang digunakan bagi mempercepatkan penulisan. Terdapat dua jenis short form, pertama; ketika zaman awal diperkenalkan dan kedua; ketika zaman kini.

Mulanya tujuan ini hanya untuk memudahkan tetapi pada zaman kini berubah pula jadinya. Perkataan2 yang digunakan menjadi semakin pelik *nak kata moden sangat kot (.__.) Pemerhatian menunjukkan bahawa kebanyakkan tulisan short form jenis ini ditulis oleh golongan remaja zaman kini yang berusia diantara 13-18 tahun. Kebanyakkannya pula dari golongan wanita.

Mungkin mereka nak tunjukkan bahawa mereka tu comel atau manja dengan menulis short form gaya itu. Contoh gaya tulisan zaman awal adalah seperti berikut:

1) Saya = sya/sy
2)Awak = awk
3) Kenapa =knp
dll...

Gaya lama ini hanya membuang beberapa huruf2 vokal yang bersesuaian tetapi masih mudah untuk difahami oleh orang lain. Beza pula dengan zaman kini, contohnya:

1)Nya = myaa/nyiaa
2)Pun =Pomms/pown
3)Mesti =mestie
4)Sapa =sapea/ sapew
5)Tu =teuww
6)Tak =tacks
dll...

Gaya ini tidak tahu nak cakap macam mna, inilah diantara beberapa gaya yang kebayakkan ditulis oleh remaja pada zaman kini. Saya pernah membaca beberapa buah "message" yang telah dihantar kepada telefon bimbit (handset) saya dimana beliau menggunakan ayat2 seperti diatas. Sejak hari itu saya mula mengkaji kenapa mereka gunakan perkataan2 seperti diatas..

Setelah beberapa lama saya memerhati, saya menemui beberapa sebab. Golongan seperti ini sebenarnya adalah golongan yang mengharap perhatian dari orang ramai. Gaya penulisan seperti ini adalah disebabkan psikologi mereka yang menganggap dengan penulisan gaya2 yang comel (kononnya) akan menyebabkan orang lebih mudah mendekati mereka.

Diantara sebab yang lain pula adalah kerana zaman kini dimana hampir 80% remaja di Malaysia khususnya menghabiskan masa lapang mereka dengan menghadap internet dan television. Sehingga ada kejadian mereka menjadi ketagih dengan internet, khususnya laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Tak dapat dinafikan, laman sosial ini berguna dan internet secara umumnya sangat berguna untuk mencari maklumat tetapi dengan penggunaan yang melampau dan tak dikawal boleh menyebabkan mereka ketagih.

Secara perlahan-lahan ia meracuni minda terutamanya remaja untuk mempelajari budaya di internet dan adaptasikannya dengan persekitaran mereka. Contoh yang paling terbaru adalah fesyen rambut dimana bahagian tepi dicukur mengikut corak2. Dengan mudahnya golongan remaja mengadaptasikan apa yang mereka lihat di internet dan lakukannya di tempat mereka.

Baiklah, balik kepada topik diatas. Dapat disimpulkan bahawa golongan yang menulis walaupun bukan kesemuanya tetapi kebanyakkan darinya mempunyai sifat2 yang lembut dan manja, mudah terasa, dan over sensitif. Mereka mudah memberontak dan sukar untuk dikawal. Sedikit peratusan untuk mudah cemburu walaupun tanpa sebab yang munasabah.

Bersambung...










Monday, 18 June 2012

Masalah adalah norma kehidupan manusia. Jadi sekarang ni, saya bukan nak bincangkan tentang cara untuk selesaikan masalah, tapi hehehe... cara untuk mencari masalah yang "best: punyer... ^^, ini sekadar gurauan, jangan korang buat betol2 plak... tp klau nak buat tu tanggungjwab sendiri yer... aku x menghasut...




5. Cari masalah dengan polis

-hmm, setakat kutuk belakang polis buat apa, ada cara yang best untuk cari masalah dengan diorang. Cuba amik taik, klau boleh taik manusia la.. tp kalau x sanggup, seminima yg boleh tahi lembu atau tahi idong korang sendiri... amik taik tu, dan baling kat diorang... lihatlah layanan spesial diorang bila korang "buat taik" hehehe ^.^

4 Sengaja hisap rokok di tempat yg "dilarang merokok"

-Hisap rokok paling best sekali di stesen minyak. Korang try hisap smbil buat asap bulat2... best... ataupun korang hisap rokok betul2 dengan "signboard" dilarang merokok.

3. Memakai topeng muka di bank

-Bayangkan, korang pegi ke bank tetiba jer datang seseorang tu dengan memakai topeng muka. Mesti ngeri kan... cubalah korang buat mcm tu... mesti org ingat korang perompak punya..  Sambil korang buat "peace sign" kat kamera cctv bank lagi... ^.^ Y

2. Buat akuan palsu yang koranglah "hacker" yg hack maklumat kerajaan

-kalau sekadar tulis dalam FB x best la... cuba pegi kat ASTRO ker, TV3 ker... pegi ngaku kat diorang... mesti gempak punyalah... nama korang gak femes....

1. Tulis Deklarasi peperangan dengan Negara

-Tulis sebuah deklarasi peperangan dengan kerajaan, ataupun deklarasi yang korang dah khianat negara. Dah abis tulis, korang hantar kepada putrajaya... Kalau nak lebih dramatik, tulis kat situ bahawa korang mempunyai tentera persendirian... ^_^Y





-

Sunday, 17 June 2012

Assalamualaikum,

Dah lama aku x update blog; mcm mana aku nak update, internet tak pernah nak elok. Selama beberapa hari ini, aku dan kawan aku betul2 menghadapi kesusahan. Selama dua hari aku x mkn, begitu juga kawan aku. Termasuklah hari ini, kami masih berlapar. Ada seorang kawan aku di Penang, dia trnsfer duit kat aku beberapa puluh ringgit, duit nilah kami beli roti dan makan untuk bertahan selama sebulan.

Sepanjang masalah yang datang, aku tetap kata dalam hati aku bahawa ianya akan berakhir; samada lambat atau cepat. Sentiasa aku berkata "wahai masalah, aku punya Tuhan Yang Maha Besar!" sentiasa aku ingatkan dalam diri aku dan kawan aku perkara ini.

Walaupun kami kena ujian macam ini, mula2 memang kami bermasam muram durjana. Memikirkan masalah dengan tertekan dan sedih. Tiba2, kami bergelak tawa, entahlah secara tiba2 sja. Kami bergembira seperti masalah tu tak wujud. Bergurau senda, cuba untuk menghilangkan tekanan. (^_^)

Aku teringin nak upload gmbr aku kt sini, tp xboleh sebab internet lembab. Tunggulah hari yang cerah kelak, insyaAllah bila masalah ini hnya tinggal sejarah, aku upload.

Sunday, 10 June 2012

Assalamualaikum,

Semalam, ibu kol aku. Aku tak dak kredit nk kol dia, tetiba ja ibu kol aku. Hilang sedikit rindu aku kat dia. Satu-satunya permata yang tak dapat aku ganti dan cari ialah ibu dan ayah. Sedih bila berjauhan dengan diorang. Yelah, diorang yang bagi semangat, jatuh bangun aku diorang bersama. Sekarang aku berdikari tetapi semua atas jasa ibu bapa aku. Rindu ibu ngan ba...

Kerisauan kawan aku cuba dipendam oleh dia. Aku faham kawanku itu sedang menghadapi kesukaran. Aku hanya mampu melihat dan ucapkan "sabar". Terasa lemah sekali ketika seorang kawan yang amat memerlukan pertolongan, aku hanya terpaku berdiri dan melihat dia menangis. Jangan kau sembunyikan kesedihan kau dengan aku, aku sahabat kau, aku kenal kau. Jangan kau pura2 senyum depan aku dan berlagak macam tiada masalah.

Sekarang ni sedang berlangsungnya konsert mentor kat stadium melawati shah alam. Lemas gila aku dengar diorang training nyanyi. Aduh terpaksa dengar LIVE plak.

Saturday, 9 June 2012

Aku saja nak post dua kali. Tapi post kali ni aku nak tukar sikit gaya. Entahlah, tiba2 dapat idea plak.

(^^,) -Nama saya Farhan
                                                      (=.=) -Ada aku peduli  *perempuan

(^_^) -Nak berkenalan boleh?
                                                     (-.-#) - Blah la, kau tak ensem 

(v_v) -Aku tahulah aku siapa..
                                                   



Aku pernah kena macam ni... sedih gila hati aku...  (/_;)... Pernah sekali aku rasa seperti tuhan tu tak adil, aku lihat orang lain yang kacak, comel... aku tak pun... tp aku tersedar dan beristighfar panjang... (ー_ー)!!
Segalanya yang Allah ciptakan ada kelebihannya. Aku sedar kelemahan aku, tapi aku ada sesuatu yang mereka semua tak ada. Dimana mereka tak mampu kalahkan aku dalam hal ini. (^_^) semua benda yang aku minta itu semuanya sementara, cantik, kacak, comel tu tak berguna sebab semua tu akan dimamah usia.

Tapi keistimewaan yang aku ada x akan dimamah usia. Hanya ajal menjadi penamatnya. Apa yang aku ada adalah rahsia dalam diri aku. Korang semua xbleh tahu... hahaha... kalau nak kena la berkawan dengan aku dulu seterusnya menjadi sahabat aku sebab hanya keluarga dan sahabat aku saja tahu apa kelebihan aku.
ヽ(^。^)ノ


Wednesday, 6 June 2012

Assalamualaikum,

Aku kerap update blog... bukan apa laptop nilah yang jadi peneman masa susah. Aku sekarang menghadapi kesusahan yang teruk. Tak sangka aku, ingatkan semua masalah aku akan selesai tetapi masih lagi ada aral yang melintang. Hanya Allah ja tahu apa perasaan hati aku masa ini. Maaf, aku buat blog ni untuk kongsi hidup aku sekarang. Susah senang akan aku tulis dalam blog ni. Jadi ini adalah tempat aku luahkan perasaan.

Hari ini aku dikejutkan dengan masalah baru. Masih tak mengcukupi sebanyak RM2100... Mana aku dan kawan aku nak korek duit. Duit kami bukan tak ada cuma duit tu masuk lambat, nak guna dalam masa terdekat nih. Runsing dibuatnya tapi terpaksalah kami akur sebab ini semua ujian dari Allah.

Semua masalah ini jadi masalah jika kami tak dapat selesaikannya. Cuma nak cari jalan penyelesaiaan ja perlukan bantuan dari Allah. Kawan aku dah bersetuju untuk tolong aku untuk merisik shamilatul nur. InsyaAllah dalam masa terdekat ni, aku akan tahu maklumat dia. Segala-galanya akan cuba kami selesaikan dalam bulan ini. Dan bulan depan pun perlu kami fikirkan bagaimana cara untuk selesaikan.

Mintalah mereka yang membaca blog ni berdoalah untuk kami. InsyaAllah Allah akan membantu kamu pula sekiranya kamu dalam keadaan susah.
Sejarah aku di sekolah menengah,

Seronok gila masa sekolah dulu. Paling menyeronokkan adalah apabila kita menghadapi sesuatu yang buruk; keburukkanlah yang mudah diingati orang. Tingkatan 1 dulu aku belajar untuk tinggal di asrama. Masa tu budak2 lagi, tapi best tinggal kat asrama. Kemudian tingkatan 3 pula kami dah mula berfikiran matang. Seluruh form3 bergaduh dengan form5. Macam2 jadi, bawa keluar belantan sebab nak gaduh, simpan parang dalam beg dan macam2 lagi lah. Masa aku form5 pula, paling kuat tentangan kami datang dari spaq (biawak bukan nama sebenar). Dia adalah musuh aku dan musuh paling kesumat pernah aku jumpa. Macam2 dia buat kat aku dan fitnah aku sehinggalah aku pernah dibuang asrama.

Aku hingga sekarang simpan dendam dengan dia, tapi dendam aku bukan nak musnahkan hidup dia tapi aku nak berjaya gila2 dan lepas tu tunjuk kat dia. Kemudian waktu aku tingkatan 6 atas. Fuh waktu ni lah aku memuncak paling kuat tentangan. Aku bergaduh dengan Nasar (memang nama sebenar). Ada pelbagai sebab aku menentang dia.

Waktu aku menentang dia, ada banyak guru yang sokong nasar dan ada juga guru yang menyokong aku. Ibarat perang dingin, masing-masing menunjukkan kuasa masing-masing. Aku merupakan ketua tingkatan 6 dan juga merupakan ketua bagi pertubuhan silat gayong kat sekolah. Pengikut aku ramai. Pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 4 banyak yang menyokong aku. Nasar pula seorang guru yang terkenal dengan kelantangan suara dia apabila dia mengajar. Sebelum ini (waktu di tingkatan5), aku memang rapat gila dengan nasar. Aku memang hormati dia pada masa tu. Tapi selepas dia dilantik jadi ketua guru disiplin, perangai dia berubah. Tambahan pula dia ni seorang ahli tariqat dan aku pula ahli tabligh dan hakikat, bertambah lagi la kebencian dia terhadap aku.

Pernah aku bergaduh besar dan paling besar dalam sejarah moden sekolah aku sehingga aku dipanggil untuk dibicarakan. Mereka nak buang aku dari sekolah!. Aku sebenarnya tak kisah sangat tapi disebabkan memikirkan ibu bapa, aku pun mengalah. Pada waktu itu, aku dah mula perlahan untuk berlawan dan begitu juga dengan nasar. Tapi perang dingin masih lagi berlaku.

Selepas aku keluar dan tamatkan pengajian sebagai pelajar Stpm, aku pun mulalah hidup sebagai seorang biasa. Disebabkan aku merupakan ketua silat gayong kat sekolah aku, bila aku dah keluar pun aku masih lagi turun ke gelanggang untuk mengajar silat. Serta anak2 buah aku semua masih bersama aku, tidak ada seorang pun yang menentang aku. Dalam aku banyak mengajar, macam2 tohmahan aku dapat dari beberapa guru2 dan juga talibarut pengawal keselamatan. Aku dihalau keluar dari asrama dan tidak dibenarkan masuk kedalam kawasan asrama. Mereka katakan yang bekas pelajar tak dibenarkan masuk kedalam asrama. Tapi yang peliknya, kawan2 aku yang sama dengan aku (bekas pelajar) boleh pula dibenarkan untuk masuk. Tapi jika aku, memang haram nak pijak tanah asrama. Setelah lama aku menyiasat, barulah aku tahu kenapa aku tak dibenarkan masuk. Warden2 dan talibarut2 diorang tak mahu aku masuk sebab takut aku gunakan pengaruh aku untuk benci guru2. WAHAHAHA... *cikgu pun takut kat aku ka???NAK TAKUT BUAT APA, BUKANKAH CIKGU2 YANG AJAR UTK TAKUT PADA ALLAH SAHAJA...







Monday, 4 June 2012


Inilah pemandangan pagi dari tingkap rumah aku tadi. Cantik tak.. siap nampak stadium lagi. Guna kamera Blackberry ja... xpe, dpt gaji nnti beli DSLR plak hahaha...
Pagi hari ini aku dikejutkan dengan mimpi indah. ^,^ hahaha.... Tak sangka aku, orang yang aku sangat sayangi dan rindui, muncul dalam mimpi aku. Wahh!! best gila. Dapat jumpa dalam mimpi pun kira bersyukur lah... Lepas saja dari subuh, aku tidor... dlm pukul 7 hingga pukul 10.. ketika tulah aku bermimpi.. hahaha..

Aku mimpi macam mna ya.. hmm....~~~
~,^

Bermulanya dari kisah yang panjang (setelah disunting dan dipendekkan hahaa..^_^), aku pergi ketuk rumah pintu rumah dia. Yang bestnya, rumah dia kat atas pokok hahaha... ketuk-ketuk pintu tu, kemudian dia keluar. terus aku ambil dia jalan2...

Kami berpelukan wahh gelinya hahaha...

dan tetiba, aku terbangun dari tidur... aduih,,, miss that action...

Apa2 pun, best mimpi tadi... hahaha... dapat jumpa si dia walaupun dalam mimpi hehehe....
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!