Wednesday, 6 June 2012

Sejarah aku di sekolah menengah,

Seronok gila masa sekolah dulu. Paling menyeronokkan adalah apabila kita menghadapi sesuatu yang buruk; keburukkanlah yang mudah diingati orang. Tingkatan 1 dulu aku belajar untuk tinggal di asrama. Masa tu budak2 lagi, tapi best tinggal kat asrama. Kemudian tingkatan 3 pula kami dah mula berfikiran matang. Seluruh form3 bergaduh dengan form5. Macam2 jadi, bawa keluar belantan sebab nak gaduh, simpan parang dalam beg dan macam2 lagi lah. Masa aku form5 pula, paling kuat tentangan kami datang dari spaq (biawak bukan nama sebenar). Dia adalah musuh aku dan musuh paling kesumat pernah aku jumpa. Macam2 dia buat kat aku dan fitnah aku sehinggalah aku pernah dibuang asrama.

Aku hingga sekarang simpan dendam dengan dia, tapi dendam aku bukan nak musnahkan hidup dia tapi aku nak berjaya gila2 dan lepas tu tunjuk kat dia. Kemudian waktu aku tingkatan 6 atas. Fuh waktu ni lah aku memuncak paling kuat tentangan. Aku bergaduh dengan Nasar (memang nama sebenar). Ada pelbagai sebab aku menentang dia.

Waktu aku menentang dia, ada banyak guru yang sokong nasar dan ada juga guru yang menyokong aku. Ibarat perang dingin, masing-masing menunjukkan kuasa masing-masing. Aku merupakan ketua tingkatan 6 dan juga merupakan ketua bagi pertubuhan silat gayong kat sekolah. Pengikut aku ramai. Pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 4 banyak yang menyokong aku. Nasar pula seorang guru yang terkenal dengan kelantangan suara dia apabila dia mengajar. Sebelum ini (waktu di tingkatan5), aku memang rapat gila dengan nasar. Aku memang hormati dia pada masa tu. Tapi selepas dia dilantik jadi ketua guru disiplin, perangai dia berubah. Tambahan pula dia ni seorang ahli tariqat dan aku pula ahli tabligh dan hakikat, bertambah lagi la kebencian dia terhadap aku.

Pernah aku bergaduh besar dan paling besar dalam sejarah moden sekolah aku sehingga aku dipanggil untuk dibicarakan. Mereka nak buang aku dari sekolah!. Aku sebenarnya tak kisah sangat tapi disebabkan memikirkan ibu bapa, aku pun mengalah. Pada waktu itu, aku dah mula perlahan untuk berlawan dan begitu juga dengan nasar. Tapi perang dingin masih lagi berlaku.

Selepas aku keluar dan tamatkan pengajian sebagai pelajar Stpm, aku pun mulalah hidup sebagai seorang biasa. Disebabkan aku merupakan ketua silat gayong kat sekolah aku, bila aku dah keluar pun aku masih lagi turun ke gelanggang untuk mengajar silat. Serta anak2 buah aku semua masih bersama aku, tidak ada seorang pun yang menentang aku. Dalam aku banyak mengajar, macam2 tohmahan aku dapat dari beberapa guru2 dan juga talibarut pengawal keselamatan. Aku dihalau keluar dari asrama dan tidak dibenarkan masuk kedalam kawasan asrama. Mereka katakan yang bekas pelajar tak dibenarkan masuk kedalam asrama. Tapi yang peliknya, kawan2 aku yang sama dengan aku (bekas pelajar) boleh pula dibenarkan untuk masuk. Tapi jika aku, memang haram nak pijak tanah asrama. Setelah lama aku menyiasat, barulah aku tahu kenapa aku tak dibenarkan masuk. Warden2 dan talibarut2 diorang tak mahu aku masuk sebab takut aku gunakan pengaruh aku untuk benci guru2. WAHAHAHA... *cikgu pun takut kat aku ka???NAK TAKUT BUAT APA, BUKANKAH CIKGU2 YANG AJAR UTK TAKUT PADA ALLAH SAHAJA...







Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!