Friday, 30 August 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera... dah lama saya x update blog.. pergh berbulan jugak rasanya.. aku tengah bercuti semester tapi bekerja jadi guru sandaran.. Ajar J-Qaf.. (Jawi, Quran Arab dan Fardhu Ain) kat SK Batu Feringgi, Pulau Pinang. Ni gambaq baru2 ni sambutan hari Raya peringkat sekolah Batu Feringgi

Dgn murid2 aku..

Ok, berbalik pada tujuan asal penulisan blog ni. Saya bertangguh untuk menulis perihal masyarakat Pulau Pinang adalah satu kerana saya sibuk mengajar di sekolah dan yang kedua saya sibuk mengambil gambar sekitar Pulau Pinang.

Dari pandangan saya sendiri dimana masyarakat Pulau Pinang ini secara keseluruhannya mementing diri. Ya benar, pemerhatian saya terhadap masyarakat Pulau Pinang mementingkan diri. Contohnya memang banyak.. saya tidak bercakap dari segi bangsa seseorang kerana bagi saya bangsa tidak mencerminkan sikap sesebuah individu. Tidak kiralah bangsa apa sekalipun memang terdapat sikap-sikap negatif. Jadi tidak adillah jika berprasangka buruk atau berpandangan "Prejudis" terhadap sesuatu bangsa.

Tidak ada soal bangsa disini..

Kenapa saya kaitkan gambar diatas dengan sikap "pentingkan diri"? gambar diatas cuma gambar sekumpulan orang yang makan di gerai-gerai bersebelahan dengan jalan sahaja. Apa masalahnya dan apa kaitannya dengan penting diri. Baik lihat gambar seterusnya...

Jalan mulai sesak
 Jalan raya mulai sesak kerana sikap masyarakat Pulau Pinang yang suka meletakkan kenderaan di tepi jalan walaupun ada garisan kuning atau papan tanda dilarang untuk meletak kenderaan. Ini semata-mata untuk memudahkan mereka pergi ke astaka atau gerai-gerai makan untuk 'melantak' (kata org penang).



Akhirnya akan jadikannya sesak dan menyusahkan orang ramai. Ada tiga sebab besar kenapa jalan raya di Pulau Pinang sering sesak.

1) Kerana pengguna kereta meletakkan kenderaan sesuka hati mereka. Selalunya untuk pi melantak ngan nak amik anak balik skolah
2) Kerana terdapat kemalangan jalan raya, jadi sesak bukan sebab jalan tersekat, tapi sebab banyak orang nak tolong... tolong tengok ja..
3) Kerana waktu kemuncak orang nak balik kerja. Jika diikutkan memang x ada kesesakan pun patut berlaku cuma sikap masyarakat yang penting diri nak balik rumah cepat, sehingga masuk jalan orang, potong barisan dan masuk simpang sesuka hati.

Jika nak tahu, kereta yang berada di lorong sebelah kiri sekali semuanya sedang tunggu anak balik sekolah


Biasanya sekolah nilah yang paling banyak mak pak yg dok parking ikut suka

Disebelah malam pula, kebiasaanya pula anak-anak muda berbangsa Melayu yang suka keluar berlumba motosikal. Hari yang selalunya jadi "Race" hari Jumaat malam sabtu dan Sabtu malam minggu. Tempat panas kebiasaanya di Batu Uban, USM, Pekaka, Telok Bahang, Jelutong Highway dan di bahagian seberang pula di R&R. Tetapi bukan kesemua mereka keluar untuk berlumba.



Antara contoh remaja keluar berkumpulan diwaktu malam
 Kadang-kadang mereka hanya keluar bersiar-siar beramai-ramai. Ini dipanggil "Round Island" oleh orang-orang Pulau Pinang. Waktu sambutan kemerdekaan, tahun baru dan hari raya korban selalunya remaja-remaja berkumpul beramai-ramai dan "Round Island". Mereka bergerak mengelilingi pulau samada mereka bermula dari Padang Kota atau dari Queensbay.

Menara Jam di Padang Kota

 Salah satu aktiviti yang suka dilakukan oleh orang Pulau Pinang khususnya di bahagian Pulau ialah mereka suka melepak di tepi laut. Samada di Padang Kota, persiaran Gurney atau di Queensbay. Hanya untuk bertemu rakan-rakan dan berbual panjang. Ia menjadi sebahagian daripada aktiviti riadah di sini.. *riadah la sangat hahahaha :P


Laut Batu Feringgi yg juga jadi tumpuan pelancong

 Tetapi bagi kebanyakkan bangsa cina, mereka lebih suka berjogging dan makan di astaka-astaka. Boleh dikatakan tiap-tiap hari, kebanyakkan bangsa cina akan keluar makan diluar ketika waktu malam. Mungkin kerana mereka mahu melepaskan penat lelah apabila penat bekerja disiang hari.

Empangan Air Itam tmpat berjogging

Kelihatan pakcik berbangsa cina berehat setelah penat berkayuh basikal mengelilingi tasik

Inilah antara perkara yang berlaku di Pulau Pinang. Eh, bagaimana pula dengan mamak dan India? oh jika mamak mereka lebih kepada perilaku bangsa Melayu manakala India pula lebih suka tinggal dirumah bersama keluarga.

Gambar Pulau Pinang, kredit utk seorang sahabat dr page Kelab Melayu Pulau Pinang (page FB)


Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!