Selama ini aku jadi jambu sekejap, almaklumlah... rindu kat seseorang la katakan... Sekarang aku akan mula untuk menulis kembali dan meneruskan semula matlamat penulisan blog aku ini.
Sebelum aku mula, ingin aku perkenalkan semula siapa diri aku ini. Nama aku Muhamad Farhan. Berasal dari Pulau Pinang. Aku suka memerhati sikap sesebuah masyarakat. Aku akan mulakan dengan sikap mengikut setiap negeri. Oleh demikian, penulisan ini akan mengambil masa kerana ia melibatkan seluruh negeri yang terdapat di Malaysia.
Aku mulakan dengan negeri aku sendiri. Bagi aku, setiap negeri mempunyai halangan geografinya yang tersendiri. Mempunyai sejarah dan jalur keturunan tersendiri dan juga mempunyai sausana yang berlainan dari tempat lain. Tetapi boleh dikatakan pada zaman kini, rata-ratanya telah banyak terhakis nilai-nilai asli yang terdapat pada sesuatu tempat tersebut. Ini kerana kemajuan, modenisasikan rakyat sehingga melupakan nilai asli yang terdapat pada masyarakat.
Sebelum aku mulakan, biarlah aku perjelaskan sedikit tentang sesuatu iaitu sejarah. Bagi aku, sejarah sesebuah ketamadunan itu amat penting untuk menunjukkan asal-usul dan budaya sesuatu masyarakat. Secara umumnya, kaedah yang aku gunakan ialah pemerhatian, pengalaman dan pengembaraan yang pernah aku lalui di tiap-tiap negeri yang aku pernah lawati (Seluruh Malaysia kecuali Sabah, InsyaAllah tahun hadapan).
Pemerhatian yang aku gunakan tidak semestinya tepat, oleh itu diharapkan teguran daripada rakan-rakan sekalian. Aku juga memandang dari pelbagai pandangan dan sudut perspektif. Jika ada yang terlepas pandang, aku mohon kemaafan dari semua dan tegurlah saya yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia ini.
Selamat membaca... :)

0 comments:
Post a Comment