Baiklah, saya mulakan dengan negeri saya terdahulu, iaitu Pulau Pinang.
Penambahbaikan akan dibuat dari masa ke semasa kerana mungkin saya akan upload gambar-gambar atau mempunyai maklumat terbaru. Jadi setiap penulisan yang saya tulis ini cuma cebisan daripada gambaran keseluruhan.
Objektif untuk penulisan sebegini ataupun pengkajian sebegini adalah untuk memudahkan kawan-kawan dari negeri lain untuk lebih mudah fahami situasi yang berlaku di sesebuah negeri, samada dari sudut sejarah, geografi, politik, pengaruh, perhubungan sosial dan norma-norma tersendiri di sesebuah negeri tersebut.
Mengikut kaca mata luar,
Pulau Pinang merupakan diantara negeri yang termaju di Malaysia ini. Jambatan Pulau Pinang merupakan simbol kebanggaan negeri ini. Selain itu, KOMTAR, Bukit Bendera dan Batu Feringi juga menjadi daya tumpuan bagi pelancong domestik dan antarabangsa.
Secara umumnya, Pulau Pinang ini dilihat majoritinya berbangsa Cina. Dan selalu dianggap sebagai negeri "Cina punya". Saya tidak rasis tetapi saya bercakap tentang realiti. Itulah pandangan yang dilontarkan oleh masyarakat luar. Selain itu Pulau Pinang ini dianggap tidak mempunyai bangsa Melayu. Terkejutkan? inilah realiti pandangan masyarakat luar. Ini kerana pengaruh filem-filem "Mami jarum" dan sebagainya sehingga masyarakat negeri lain menganggap Pulau Pinang disini semuanya "Mamak". Jangan disalah-ertikan, Mamak bukan bermaksud India Muslim. Mamak adalah mereka berketurunan India dan Pakistan tetapi sudah lama keturunan mereka memeluk agama Islam bahkan ada yang keturunan mereka memeluk Islam sebelum orang-orang Melayu memeluk Islam. Cuma segelintir sahaja mereka yang menghormati dan mengetahui tentang mamak ini. Mamak berbeza dengan Melayu tetapi disebabkan asimilasi sesama mereka, berlakunya pecambahan budaya didalam masyarakat Pulau Pinang.
Disebabkan pandangan umum masyarakat negeri lain terhadap Pulau Pinang ini dah jauh sedikit dari landasan, seringkali kawan-kawan dari negeri lain cuba mengajuk loghat bahasa Pulau Pinang yang "berteraboq"... hahaha.. parpu dalcha betoi depa tu... Orang Pulau Pinang selalu menghadapinya apabila mereka berada di luar negeri atau kawan mereka dari negeri lain contohnya pelajar Universiti yang berasal dari Pulau Pinang belajar di negeri lain, selalu diajuk percakapannya oleh pelajar negeri lain. Pengalaman ini rata-rata orang Pulau Pinang pernah menghadapinya.
"Awat hang cakap macam ni hoooohhh~~~" kata salah satu kawan aku dari Bintulu cuba mengajuk aku. Hahahaha...
Dari sudut ekonomi dari pandangan kacamata luar, ekonomi di Pulau Pinang ini dipegang oleh masyarakt Cina. Mereka menganggap masyarakat Cina ini sering menindas masyarakat Melayu Pulau Pinang. Ini pandangan kasar dari masyarakat negeri lain. Mungkin kerana pengaruh politik ataupun pandangan serong sesetengah masyarakat Melayu terhadap bangsa Cina. Ingin saya tekankan, pemerhatian saya bukan berunsurkan rasis ataupun membela mana-mana bangsa. Ini dari sudut pandangan masyarakat negeri luar khususnya masyarakat yang terdiri majoritinya Melayu. Ekonomi, politik, tanah dan hasil kekayaan dikatan milik mereka yang berbangsa Cina. Saya ingin mengulas lebih lanjut tentang perkara ini, mungkin didalam post yang lain.
Ini merupakan secara kasarnya adalah pandangan masyarakat negeri lain terhadap Pulau Pinang. Saya akan mengulas dengan lebih lanjut tentang apa pula sudut pandangan daripada masyarakat Melayu Pulau Pinang sendiri... saya selaku warga asal Pulau Pinang... hehehe :P
Bersambung...

0 comments:
Post a Comment