Wednesday, 4 December 2013

Pernah tak terfikir, siapakah dikalangan kawan2 anda yang paling bijak?? oh.. mungkin ada, mungkin juga tiada.. pada sistem pembelajaran zaman sekarang mengutamakan mereka yang boleh menghafal berbanding berfikir..

Mengapa? jika kamu dapat hafal seluruh buku teks, semestinya kamu boleh jawab soalan periksa.. segala formula kamu kuasai sudah pasti mudah untuk selesaikan masalah dalam soalan peperiksaan.. baiklah, cuba lihat dunia sekeliling kamu.. apakah dunia merupakan kertas ujian? tidak.. ia memerlukan jalan penyelesaian praktikal, bukannya teori..

Contoh, secara teorinya semua manusia ni baik.... cuma baik diatas kertas periksa.. bukannya dalam dunia nyata... ambil contoh soalan periksa sivik... aku pernah dapat 90% periksa sivik kat sekolah dan selalunya dapat A markah sivik..

Tetapi, itu cuma soalan dalam peperiksaan.. adakah saya dapat katakan saya seorang manusia yang mempunyai sivik? tgok exam saya, semestinya sy ni soarang bersivik...

TAK!! soalan periksa x dapat menjelaskan praktikal dan situasi nyata.. peperiksaan sivik x dapat mensivikkan pelajar di dunia realiti.. ia hanya kertas peperiksaan yang sesiapa sahaja dapat "BERLAKON" jadi manusia paling suci... seseorang yang dapat markah A dlm periksa sivik tak semestinya seseorang bersivik secara realitinya..

Yang sy nak ketengahkan, teori x sama dengan praktikal.. realiti tak sama dengan simulasi.. apakah kita sayang pada generasi akan datang, dan adakah memadai hanya matapelajaran sivik diuji diatas kertas bukannya praktikal?

Bukan sahaja sivik, seluruh matapelajaran yang diajar.. jika tiada pelajaran yang boleh menjana idea..
saya seorang pelajar Universiti, Fakulti Sains Sosial dan program Politik Malaysia.. apa yang saya lihat, begitu ramai pelajar yang bijak didalam kelas, begitu ramai manusia yang dikurniakan akal.. cuma satu sahaja.. mengapa tak ramai yang dapat menjana idea?? mencipta dan memikir.. bukannya menghafal dan hanya akur dengan apa sahaja Profesor ajarkan..

Kita pernah dengar tentang menjana minda.. tetapi jarang mendengar tentang menjana idea.. mengapa kita tak boleh menjadi sebuah negara yang mempunyai pelajar yang berkualiti?? yang mampu menjana idea serta menjadi pemikir yang hebat??

Saya menulis perkara ini didalam blog.. kerana kebanyakkan idea yang saya lontarkan tidak dapat sambutan.. dengan alasan, markah ditangan profesor.. dapat degree nak kerja gaji mahal.. yang saya persoalkan, mengapa?? Lebih baik tak payah boh Institusi pengajian tinggi..  tukar saja kepada institusi latihan untuk bekerja..



Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!