Monday, 16 December 2013

Assalamualaikum,

Persoalan aku yang sentiasa bermain di minda, mengapa kita sering menyalahkan orang lain? dan ada juga menyalahkan diri sendiri untuk setiap perkara?

Aku dilatih didalam keluarga yang pernah di pulaukan oleh keluarga besar. Ia berkenaan politik. Keluarga aku merupakan penyokong kepada parti PAS. Manakala makcik pakcik bahkan nenek aku sendiri merupakan penyokong kuat BN. Pernah berlaku pergaduhan diantara ayah aku dgn ahli keluarga yang lain. Kami dipulaukan bahkan pernah satu ketika kami tidak bertegur sapa walaupun pada hari raya.

Dari kecil aku pergi ke ceramah-ceramah politik. Pernah hadapi kesulitan sebab kekacauan yang dibuat oleh pihak polis. Kerana dari ini, aku sering mempertikai setiap perkara. Aku pertikai keluarga, pertikai sekolah, guru dan macam2 lagi. Aku mula persoalkan setiap perkara termasuklah agama aku sendiri.

Alhamdulillah aku diselamatkan oleh sekumpulan pendakwah setelah aku hampir terkeluar dari landasan. Aku pernah mengikuti tabligh hingga ke Johor. Seterusnya bercampur dengan golongan2 pelajar pondok. Kemudian aku mula mempertikaikan sekolah aku, SMK Agama Al-Mashoor lelaki. Mengapa? sebab aku lihat sekolah agama ini gagal melahirkan pelajar berkualiti dan beragama. Objektif yang aku lihat dari apa yang dilahirkan sekolah ini adalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang akedemik. Aku mula salahkan setiap perkara. Masyarakat, sekolah, sistem dan segalanya.

Tetapi aku mula sedar, mengapa aku salahkan orang lain? sepatutnya aku berusaha untuk mengubahnya, bukan sekadar menyalahkan orang lain. Alhamdulillah aku diterima untuk menjadi guru sandaran, mengajar J-Qaf di sebuah sekolah rendah. Aku belajar dari kanak-kanak. Mereka cukup gembira, tidak mengetahui corak dunia. Aku terfikir, bukankah aku juga sebegini sewaktu aku kecil.

Tanpa perasaan benci terhadap sesiapa, bergaduh kemudian baik semula, tanpa prejudis terhadap mana2 kaum. Aku faham bahawa corak masyarakat di Malaysia menjadikan kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi orang dewasa yang prejudis, pentingkan diri, ego dan lain2. Aku sekarang belajar di Unimas dan sedang memasuki semester 4. Apa yang aku lakukan, aku perhatikan setiap pelajar, corak pergaulan, pekerjaan, persembahan kerja. Apa yang aku dapati bahawa kebanyakkan daripada kita melahirkan pelajar-pelajar yang daif dari segi kefahaman terhadap dunia.

Kita sepatutnya melahirkan pelajar2 yang mencorak dunia. Tetapi malangnya, yang lahir adalah pelajar2 yang sudah tercorak di dunia... tetapi seperti yang aku fahami, aku tidak salahkan sesiapa. Aku sekarang akan berusaha untuk mengubah negara aku, untuk menjadi sebuah negara yang hebat.. "Golden age of Malaysia"

InsyaAllah....













0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!