Monday, 16 December 2013

Assalamualaikum,

Persoalan aku yang sentiasa bermain di minda, mengapa kita sering menyalahkan orang lain? dan ada juga menyalahkan diri sendiri untuk setiap perkara?

Aku dilatih didalam keluarga yang pernah di pulaukan oleh keluarga besar. Ia berkenaan politik. Keluarga aku merupakan penyokong kepada parti PAS. Manakala makcik pakcik bahkan nenek aku sendiri merupakan penyokong kuat BN. Pernah berlaku pergaduhan diantara ayah aku dgn ahli keluarga yang lain. Kami dipulaukan bahkan pernah satu ketika kami tidak bertegur sapa walaupun pada hari raya.

Dari kecil aku pergi ke ceramah-ceramah politik. Pernah hadapi kesulitan sebab kekacauan yang dibuat oleh pihak polis. Kerana dari ini, aku sering mempertikai setiap perkara. Aku pertikai keluarga, pertikai sekolah, guru dan macam2 lagi. Aku mula persoalkan setiap perkara termasuklah agama aku sendiri.

Alhamdulillah aku diselamatkan oleh sekumpulan pendakwah setelah aku hampir terkeluar dari landasan. Aku pernah mengikuti tabligh hingga ke Johor. Seterusnya bercampur dengan golongan2 pelajar pondok. Kemudian aku mula mempertikaikan sekolah aku, SMK Agama Al-Mashoor lelaki. Mengapa? sebab aku lihat sekolah agama ini gagal melahirkan pelajar berkualiti dan beragama. Objektif yang aku lihat dari apa yang dilahirkan sekolah ini adalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang akedemik. Aku mula salahkan setiap perkara. Masyarakat, sekolah, sistem dan segalanya.

Tetapi aku mula sedar, mengapa aku salahkan orang lain? sepatutnya aku berusaha untuk mengubahnya, bukan sekadar menyalahkan orang lain. Alhamdulillah aku diterima untuk menjadi guru sandaran, mengajar J-Qaf di sebuah sekolah rendah. Aku belajar dari kanak-kanak. Mereka cukup gembira, tidak mengetahui corak dunia. Aku terfikir, bukankah aku juga sebegini sewaktu aku kecil.

Tanpa perasaan benci terhadap sesiapa, bergaduh kemudian baik semula, tanpa prejudis terhadap mana2 kaum. Aku faham bahawa corak masyarakat di Malaysia menjadikan kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi orang dewasa yang prejudis, pentingkan diri, ego dan lain2. Aku sekarang belajar di Unimas dan sedang memasuki semester 4. Apa yang aku lakukan, aku perhatikan setiap pelajar, corak pergaulan, pekerjaan, persembahan kerja. Apa yang aku dapati bahawa kebanyakkan daripada kita melahirkan pelajar-pelajar yang daif dari segi kefahaman terhadap dunia.

Kita sepatutnya melahirkan pelajar2 yang mencorak dunia. Tetapi malangnya, yang lahir adalah pelajar2 yang sudah tercorak di dunia... tetapi seperti yang aku fahami, aku tidak salahkan sesiapa. Aku sekarang akan berusaha untuk mengubah negara aku, untuk menjadi sebuah negara yang hebat.. "Golden age of Malaysia"

InsyaAllah....













Wednesday, 4 December 2013

Pernah tak terfikir, siapakah dikalangan kawan2 anda yang paling bijak?? oh.. mungkin ada, mungkin juga tiada.. pada sistem pembelajaran zaman sekarang mengutamakan mereka yang boleh menghafal berbanding berfikir..

Mengapa? jika kamu dapat hafal seluruh buku teks, semestinya kamu boleh jawab soalan periksa.. segala formula kamu kuasai sudah pasti mudah untuk selesaikan masalah dalam soalan peperiksaan.. baiklah, cuba lihat dunia sekeliling kamu.. apakah dunia merupakan kertas ujian? tidak.. ia memerlukan jalan penyelesaian praktikal, bukannya teori..

Contoh, secara teorinya semua manusia ni baik.... cuma baik diatas kertas periksa.. bukannya dalam dunia nyata... ambil contoh soalan periksa sivik... aku pernah dapat 90% periksa sivik kat sekolah dan selalunya dapat A markah sivik..

Tetapi, itu cuma soalan dalam peperiksaan.. adakah saya dapat katakan saya seorang manusia yang mempunyai sivik? tgok exam saya, semestinya sy ni soarang bersivik...

TAK!! soalan periksa x dapat menjelaskan praktikal dan situasi nyata.. peperiksaan sivik x dapat mensivikkan pelajar di dunia realiti.. ia hanya kertas peperiksaan yang sesiapa sahaja dapat "BERLAKON" jadi manusia paling suci... seseorang yang dapat markah A dlm periksa sivik tak semestinya seseorang bersivik secara realitinya..

Yang sy nak ketengahkan, teori x sama dengan praktikal.. realiti tak sama dengan simulasi.. apakah kita sayang pada generasi akan datang, dan adakah memadai hanya matapelajaran sivik diuji diatas kertas bukannya praktikal?

Bukan sahaja sivik, seluruh matapelajaran yang diajar.. jika tiada pelajaran yang boleh menjana idea..
saya seorang pelajar Universiti, Fakulti Sains Sosial dan program Politik Malaysia.. apa yang saya lihat, begitu ramai pelajar yang bijak didalam kelas, begitu ramai manusia yang dikurniakan akal.. cuma satu sahaja.. mengapa tak ramai yang dapat menjana idea?? mencipta dan memikir.. bukannya menghafal dan hanya akur dengan apa sahaja Profesor ajarkan..

Kita pernah dengar tentang menjana minda.. tetapi jarang mendengar tentang menjana idea.. mengapa kita tak boleh menjadi sebuah negara yang mempunyai pelajar yang berkualiti?? yang mampu menjana idea serta menjadi pemikir yang hebat??

Saya menulis perkara ini didalam blog.. kerana kebanyakkan idea yang saya lontarkan tidak dapat sambutan.. dengan alasan, markah ditangan profesor.. dapat degree nak kerja gaji mahal.. yang saya persoalkan, mengapa?? Lebih baik tak payah boh Institusi pengajian tinggi..  tukar saja kepada institusi latihan untuk bekerja..



Friday, 30 August 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera... dah lama saya x update blog.. pergh berbulan jugak rasanya.. aku tengah bercuti semester tapi bekerja jadi guru sandaran.. Ajar J-Qaf.. (Jawi, Quran Arab dan Fardhu Ain) kat SK Batu Feringgi, Pulau Pinang. Ni gambaq baru2 ni sambutan hari Raya peringkat sekolah Batu Feringgi

Dgn murid2 aku..

Ok, berbalik pada tujuan asal penulisan blog ni. Saya bertangguh untuk menulis perihal masyarakat Pulau Pinang adalah satu kerana saya sibuk mengajar di sekolah dan yang kedua saya sibuk mengambil gambar sekitar Pulau Pinang.

Dari pandangan saya sendiri dimana masyarakat Pulau Pinang ini secara keseluruhannya mementing diri. Ya benar, pemerhatian saya terhadap masyarakat Pulau Pinang mementingkan diri. Contohnya memang banyak.. saya tidak bercakap dari segi bangsa seseorang kerana bagi saya bangsa tidak mencerminkan sikap sesebuah individu. Tidak kiralah bangsa apa sekalipun memang terdapat sikap-sikap negatif. Jadi tidak adillah jika berprasangka buruk atau berpandangan "Prejudis" terhadap sesuatu bangsa.

Tidak ada soal bangsa disini..

Kenapa saya kaitkan gambar diatas dengan sikap "pentingkan diri"? gambar diatas cuma gambar sekumpulan orang yang makan di gerai-gerai bersebelahan dengan jalan sahaja. Apa masalahnya dan apa kaitannya dengan penting diri. Baik lihat gambar seterusnya...

Jalan mulai sesak
 Jalan raya mulai sesak kerana sikap masyarakat Pulau Pinang yang suka meletakkan kenderaan di tepi jalan walaupun ada garisan kuning atau papan tanda dilarang untuk meletak kenderaan. Ini semata-mata untuk memudahkan mereka pergi ke astaka atau gerai-gerai makan untuk 'melantak' (kata org penang).



Akhirnya akan jadikannya sesak dan menyusahkan orang ramai. Ada tiga sebab besar kenapa jalan raya di Pulau Pinang sering sesak.

1) Kerana pengguna kereta meletakkan kenderaan sesuka hati mereka. Selalunya untuk pi melantak ngan nak amik anak balik skolah
2) Kerana terdapat kemalangan jalan raya, jadi sesak bukan sebab jalan tersekat, tapi sebab banyak orang nak tolong... tolong tengok ja..
3) Kerana waktu kemuncak orang nak balik kerja. Jika diikutkan memang x ada kesesakan pun patut berlaku cuma sikap masyarakat yang penting diri nak balik rumah cepat, sehingga masuk jalan orang, potong barisan dan masuk simpang sesuka hati.

Jika nak tahu, kereta yang berada di lorong sebelah kiri sekali semuanya sedang tunggu anak balik sekolah


Biasanya sekolah nilah yang paling banyak mak pak yg dok parking ikut suka

Disebelah malam pula, kebiasaanya pula anak-anak muda berbangsa Melayu yang suka keluar berlumba motosikal. Hari yang selalunya jadi "Race" hari Jumaat malam sabtu dan Sabtu malam minggu. Tempat panas kebiasaanya di Batu Uban, USM, Pekaka, Telok Bahang, Jelutong Highway dan di bahagian seberang pula di R&R. Tetapi bukan kesemua mereka keluar untuk berlumba.



Antara contoh remaja keluar berkumpulan diwaktu malam
 Kadang-kadang mereka hanya keluar bersiar-siar beramai-ramai. Ini dipanggil "Round Island" oleh orang-orang Pulau Pinang. Waktu sambutan kemerdekaan, tahun baru dan hari raya korban selalunya remaja-remaja berkumpul beramai-ramai dan "Round Island". Mereka bergerak mengelilingi pulau samada mereka bermula dari Padang Kota atau dari Queensbay.

Menara Jam di Padang Kota

 Salah satu aktiviti yang suka dilakukan oleh orang Pulau Pinang khususnya di bahagian Pulau ialah mereka suka melepak di tepi laut. Samada di Padang Kota, persiaran Gurney atau di Queensbay. Hanya untuk bertemu rakan-rakan dan berbual panjang. Ia menjadi sebahagian daripada aktiviti riadah di sini.. *riadah la sangat hahahaha :P


Laut Batu Feringgi yg juga jadi tumpuan pelancong

 Tetapi bagi kebanyakkan bangsa cina, mereka lebih suka berjogging dan makan di astaka-astaka. Boleh dikatakan tiap-tiap hari, kebanyakkan bangsa cina akan keluar makan diluar ketika waktu malam. Mungkin kerana mereka mahu melepaskan penat lelah apabila penat bekerja disiang hari.

Empangan Air Itam tmpat berjogging

Kelihatan pakcik berbangsa cina berehat setelah penat berkayuh basikal mengelilingi tasik

Inilah antara perkara yang berlaku di Pulau Pinang. Eh, bagaimana pula dengan mamak dan India? oh jika mamak mereka lebih kepada perilaku bangsa Melayu manakala India pula lebih suka tinggal dirumah bersama keluarga.

Gambar Pulau Pinang, kredit utk seorang sahabat dr page Kelab Melayu Pulau Pinang (page FB)


Tuesday, 4 June 2013

















Assalamualaikum

Aku dan kwn2 aku dituduh sebagai parasit kerana x buat keja dlm group assignment...
Biasalah, dalam Universiti ni memang dah lali dengar benda2 alah ni..
Tapi sekadar nak luahkan isi hati yang terpendam, aku luahkan di Blog..
Malas nak bergaduh dalam FB, jadi umum.. so dalam blog ni org yg beruntung ja boleh baca.. hahaha..

Aku ni boleh dikatakan orang harapan la dalam group aku.. *tangan dibahu mata ke atas.. :p
Sikit2 tnya aku, betoi ka salah, idea apa nak buat, bila bab bahasa inggeris hah, kerja akulah tu kononnya lah...

Pengalaman aku dlm berhadapan ngan pelbagai ragam manusia sbb dulu keja ngan syarikat MLM... dah masak dah ngan perangai2 manusia mcm ni, tunggu nak makan ja... :)


Inilah post tersebut... yg ditujukan kpd aku dan kwn2 aku... hehehe


Oklah,

Kami (secara individu aku pun kena) dituduh parasit, x bagi kerja sama, malas dan sama waktu dengannya.. Semester 1, banyak group assignment aku laksanakan dgn lancar, berikan kerja sama... dan aku pun ada juga sertai group depa ni dlm sesebuah assignment... aku perhatikan, yg dia (pemililik post FB diatas) ni TIDAK ADA LANGSUNG IDEA DAN KERJA SETARAF BUDAK UNIVERSITI.. fikiran dia x matang dalam selesaikan masalah...

Jika diikutkan dari segi personaliti (melalui pemerhatian aku), dia suka mengarah, menekan orang lain, menyibuk pasal hal orang dan sangat harapkan org lain untuk siapkan assignment.. tetapi malangnya, tiada satu kerja pun yang disiapkannya.. tiada satu idea pun yg disumbangkannya serta tiada satu usaha pun untuk membantu kawan2 lain..

Aku ni macam dipergunakan dia untuk siapkan assignment.. Dilantik jadi ketua untuk group (aku x minta pun jadi ketua dan aku x mahu jadi ketua)... penat lelah aku cari maklumat, tulis assignment dan habiskan masa aku berjam-jam depan laptop sbb nak selidik dan cari maklumat utk siapkan tugasan...

Malas nak mengungkit tapi bila dah panas, rajin plak jadinya... :p
Masa awal2 semester haritu, aku malas nak layan dan tegur dia sebab aku tak mahu rapat ngan dia sebab tahu sifat dia.. tapi dia PM aku kat FB, dia kata aku sombong... arghh... aku nak jaga hati kawan punya pasal pun bercampur la balik ngan dia, alih2 bila lecture bg assignment, aku terpaksalah dok skali dalam group yang dia ada... huhuhu

Ekonomi, TITAS, TMX, adalah subjek yg aku dok skali dlm group dia..
Utk ekonomi, kami kena temu bual dgn pihak kementerian, kawan aku bersusah payah nk dapatkan tarikh utk pi temubual... bila msa temubual, aku dan kwn aku ja yg tanya soalan untuk maklumat assignment, yg lain? diam dan buat2 faham, kau pula buat apa masa tu? apa pertanyaan pun xdk, benda haram apa kau faham? persediaan apa kau buat utk cari maklumat... so, siapa buat kerja? kau ke kami? masa cuti seminggu pilihanraya, aku bg tugasan kat setiap ahli kumpulan utk cari maklumat, awal2 lg aku dah bg kerja.. tp berapa ramai yg hantar? dan pemilik post diatas ini hantar masa habis cuti itu pun print dlm laman web yg mna maklumat tu x ada kaitan langsung dgn kehendak assignment.. Siapa yang buat kerja? aku jugak... kau pulak sibuk dok layan FB... hantar msg "bila nak siap assignment" kt aku, "kerja apakah yg kau buat?"... kerja x buat seharam habuk pun... dan masa present, ada kau susah payah buat? bising ja lebih.. hantar msg dok marah2, dok mengarah org buat tu buat ni... xkah kau bg org sakit hati... sekali lagi diulang, "kerja apakah yang kau buat?".. ada..., kerja kau memekak ja, bg org panas ngan sakit hati..

Utk Titas, untuk pengetahuan, aku x jadi leader dlm group ni sbb aku dah malas nk jadi leader... dan utk pengetahuan, aku juga adalah leader (diorang yg lantik, aku x mahupun tp dah diorang nak) utk assignment politik dan sains sosial yg mna kena buat 100% dlm bhsa inggeris.. selamat aku x group ngan dia.. jika x mmg rosak la assignment tu, tp tekanannya.. pergh brader.. mau pecah kepala hotak.. Titas, aku dah siapkan bahagian aku.. dan msa present, hah! aku ngan member aku ni dok kat kolej luar universiti, kami dah bgtahu apa kerja yg kami boleh bantu untuk presentation... tp tiada respon... nasib baik leader tu (BF pemilik post diatas) kira oklah ada juga tolong skit2... dan masa hari present, baru diorang bg tugasan bnda apa nk di bentangkan... mau x panas...!!!

TMX, hahaha... aku dgn rela hati, redha dan berserah untuk REPEAT BALIK PAPER NI!!! sbb masa nak tubuh group, aku ngan kawan aku razali, datang lambat kat kelas... alih2 tggl satu ja group yg kosong... group diorang inilah... diorang pun dgn SUKACITA (sbb nak pergunakan kami) minta kami masuk group diorang.. tp kami? dengan (berat/sakit/panas/serik) hati TERPAKSA BERDUKACITA masuk group diorang... Assignment minta kami siapkan laman web.. aku boleh belajar dan buat laman web tp aku x mahu buat sbb, jika aku buat... dia akan harap kat aku utk siapkan kerja 100%..  jadi aku berdiam diri dan jadi macam org bodoh... niat aku, aku nak lihat, sejauh mna dia nak pergunakan aku... maka assignment tu pun disiapkan (tp bukan dia yg buat dan susah payah, org lain.. kwn dia ngan BF dia yg buat).. dia? seperti biasa, layan FB..  aku dan mmber aku cadang utk kumpul duit dan serah sja assignment ni kat budak IT, sbb kita semua budak sains sosial.. mna pandai menda2 alah ni... tp dengan tidak dilayan permintaan kami.. maka kami pun x melayanlah permintaan mereka... dan hasilnya.. hahaha POST DIATAS BUKTINYA...

Aku sejujurnya x pernah kondem dia serta ahli2 kumpulan lain.. aku x kisah nak kerja kuat cari maklumat utk siapkan assignment.. xpa biar aku susah asalkan kawan2 aku senang.. aku pun xmahu bergaduh dgn dia dan putus sahabat, tp malangnya.. pengorbanan aku ni dilayan mcm sampah, dia yg putuskan sahabat.. hnya kerna kami x bantu siapkan satu assignment (tu pun dah bnyk kami bantu) dia dah lupa apa jasa kami dan pengorbanan kami..

APA KAU RASA.. BILA BUAT GROUP ASSIGNMENT SORANG2.. mcm tu lah aku rasa bila aku buat kerja sorang2, ekonomi, politik dan sains sosial tiga assignment aku kena buat sorang2 sbb aku faham kwn2 lain x mampu nk buat dlm bhsa inggeris.. kau pulak? baru satu assignment kau siapkan itupun bukan kau yg susah payah siapkan assignment tu... BF dan kawan kau yg penat siapkan.. dan kau rasa kau yg siapkan assignment tu... tnya balik diri kau... apa sumbangan kau sebenarnya dlm kerja? apakah betul cara kau? MAK BAPAK AKU PENAT KERJA NAK BG AKU BELAJAR UNIVERSITI... DISEBABKAN AKU SAYANG MAK BAPAK AKU, AKU XNK BERSUSAH PAYAH DEMI KAU.. DIPERGUNAKAN KAU.. AKU DATANG NAK CARI ILMU, KAU BAGI TEKANAN JA KAT AKU SAMPAI KESAN KAT MARKAH EXAM AKU!!!



Bak kata pepatah spontan aku, yg aku post dlm FB...



dan ini, :)


















Wednesday, 15 May 2013

Baiklah, saya mulakan dengan negeri saya terdahulu, iaitu Pulau Pinang.

Penambahbaikan akan dibuat dari masa ke semasa kerana mungkin saya akan upload gambar-gambar atau mempunyai maklumat terbaru. Jadi setiap penulisan yang saya tulis ini cuma cebisan daripada gambaran keseluruhan.

Objektif untuk penulisan sebegini ataupun pengkajian sebegini adalah untuk memudahkan kawan-kawan dari negeri lain untuk lebih mudah fahami situasi yang berlaku di sesebuah negeri, samada dari sudut sejarah, geografi, politik, pengaruh, perhubungan sosial dan norma-norma tersendiri di sesebuah negeri tersebut.


Mengikut kaca mata luar,

Pulau Pinang merupakan diantara negeri yang termaju di Malaysia ini. Jambatan Pulau Pinang merupakan simbol kebanggaan negeri ini. Selain itu, KOMTAR, Bukit Bendera dan Batu Feringi juga menjadi daya tumpuan bagi pelancong domestik dan antarabangsa.

Secara umumnya, Pulau Pinang ini dilihat majoritinya berbangsa Cina. Dan selalu dianggap sebagai negeri "Cina punya". Saya tidak rasis tetapi saya bercakap tentang realiti. Itulah pandangan yang dilontarkan oleh masyarakat luar. Selain itu Pulau Pinang ini dianggap tidak mempunyai bangsa Melayu. Terkejutkan? inilah realiti pandangan masyarakat luar. Ini kerana pengaruh filem-filem "Mami jarum" dan sebagainya sehingga masyarakat negeri lain menganggap Pulau Pinang disini semuanya "Mamak". Jangan disalah-ertikan, Mamak bukan bermaksud India Muslim. Mamak adalah mereka berketurunan India dan Pakistan tetapi sudah lama keturunan mereka memeluk agama Islam bahkan ada yang keturunan mereka memeluk Islam sebelum orang-orang Melayu memeluk Islam. Cuma segelintir sahaja mereka yang menghormati dan mengetahui tentang mamak ini. Mamak berbeza dengan Melayu tetapi disebabkan asimilasi sesama mereka, berlakunya pecambahan budaya didalam masyarakat Pulau Pinang.

Disebabkan pandangan umum masyarakat negeri lain terhadap Pulau Pinang ini dah jauh sedikit dari landasan, seringkali kawan-kawan dari negeri lain cuba mengajuk loghat bahasa Pulau Pinang yang "berteraboq"... hahaha.. parpu dalcha betoi depa tu... Orang Pulau Pinang selalu menghadapinya apabila mereka berada di luar negeri atau kawan mereka dari negeri lain contohnya pelajar Universiti yang berasal dari Pulau Pinang belajar di negeri lain, selalu diajuk percakapannya oleh pelajar negeri lain. Pengalaman ini rata-rata orang Pulau Pinang pernah menghadapinya.

"Awat hang cakap macam ni hoooohhh~~~" kata salah satu kawan aku dari Bintulu cuba mengajuk aku. Hahahaha...


Dari sudut ekonomi dari pandangan kacamata luar, ekonomi di Pulau Pinang ini dipegang oleh masyarakt Cina. Mereka menganggap masyarakat Cina ini sering menindas masyarakat Melayu Pulau Pinang. Ini pandangan kasar dari masyarakat negeri lain. Mungkin kerana pengaruh politik ataupun pandangan serong sesetengah masyarakat Melayu terhadap bangsa Cina. Ingin saya tekankan, pemerhatian saya bukan berunsurkan rasis ataupun membela mana-mana bangsa. Ini dari sudut pandangan masyarakat negeri luar khususnya masyarakat yang terdiri majoritinya Melayu. Ekonomi, politik, tanah dan hasil kekayaan dikatan milik mereka yang berbangsa Cina. Saya ingin mengulas lebih lanjut tentang perkara ini, mungkin didalam post yang lain.

Ini merupakan secara kasarnya adalah pandangan masyarakat negeri lain terhadap Pulau Pinang. Saya akan mengulas dengan lebih lanjut tentang apa pula sudut pandangan daripada masyarakat Melayu Pulau Pinang sendiri... saya selaku warga asal Pulau Pinang... hehehe :P

Bersambung...


Selama ini aku jadi jambu sekejap, almaklumlah... rindu kat seseorang la katakan... Sekarang aku akan mula untuk menulis kembali dan meneruskan semula matlamat penulisan blog aku ini.

Sebelum aku mula, ingin aku perkenalkan semula siapa diri aku ini. Nama aku Muhamad Farhan. Berasal dari Pulau Pinang. Aku suka memerhati sikap sesebuah masyarakat. Aku akan mulakan dengan sikap mengikut setiap negeri. Oleh demikian, penulisan ini akan mengambil masa kerana ia melibatkan seluruh negeri yang terdapat di Malaysia.

Aku mulakan dengan negeri aku sendiri. Bagi aku, setiap negeri mempunyai halangan geografinya yang tersendiri. Mempunyai sejarah dan jalur keturunan tersendiri dan juga mempunyai sausana yang berlainan dari tempat lain. Tetapi boleh dikatakan pada zaman kini, rata-ratanya telah banyak terhakis nilai-nilai asli yang terdapat pada sesuatu tempat tersebut. Ini kerana kemajuan, modenisasikan rakyat sehingga melupakan nilai asli yang terdapat pada masyarakat.

Sebelum aku mulakan, biarlah aku perjelaskan sedikit tentang sesuatu iaitu sejarah. Bagi aku, sejarah sesebuah ketamadunan itu amat penting untuk menunjukkan asal-usul dan budaya sesuatu masyarakat. Secara umumnya, kaedah yang aku gunakan ialah pemerhatian, pengalaman dan pengembaraan yang pernah aku lalui di tiap-tiap negeri yang aku pernah lawati (Seluruh Malaysia kecuali Sabah, InsyaAllah tahun hadapan).

Pemerhatian yang aku gunakan tidak semestinya tepat, oleh itu diharapkan teguran daripada rakan-rakan sekalian. Aku juga memandang dari pelbagai pandangan dan sudut perspektif. Jika ada yang terlepas pandang, aku mohon kemaafan dari semua dan tegurlah saya yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia ini.

Selamat membaca... :)

Sunday, 28 April 2013

Kadang-kadang aku terdiam memikirkan kau...
Kadang-kadang aku ketawa memikirkan kau...
Kadang-kadang ia buat aku bahagia...
Kadang-kadang ia buat aku diam seribu bahasa...

Aku rindukan kamu sayang...
Bukan mainan perasaan ini...
Aku dah bersumpah dan berjanji...
Yang hanya dikau dihati ini...

Untuk mu Afifah Karmila...
di dunia dan juga syurga...
aku aku cuba memberi bahagia...
selama-lamanya...

Saturday, 9 March 2013

Aku menunggu jawapan dari seseorang wanita... yelah, bagai nak rak bermsg ngan dia... alih2 tiba2 ja dia block aku... aku pun x faham apa sebabnya??? mcm2 kami bualkan... dan dia nak aku berkahwin ngan dia??? wooo!!!! tp aku bersabar ja, sbb aku dah bnyk kali kena tipu... last2 memang aku tahu wanita ni mmg ada niat nak menipu aku... (Wallahua'lam)..




Aku ada print screen beberapa msg... sebagai bukti... kejujuran ja yang aku nak, ttp bila org dah x jujur ngan aku... memang aku tawar hati lah... ^_^

Ini bukti pertama




Dia tnya aku, dia nak jadi isteri aku??? perghh gila kentang dibuatnya... lepas msg demi msg, hari demi hari berganti... hinggalah dia block aku tetiba... FB ayah ngan ibu aku pun dia block skali... mmg terbaik la...

Aku gna FB kwn aku tnya kenapa... dia x balas...

Kemudian aku buat FB baru, dan tnya dia kenapa... jap nak boh bukti
Nindia buktinya!!!

Ni FB baru aku... aku tnya dia, last2 bru dia jawab... ttp jawapan dia tu memang aku x bleh terima akal minda pemikiran aku yang logik ini... mcm nak tercabut ja halkum aku bila baca ni... Adik yg msg??? selama berabad2 kita dok msg tu apadia!!!! KAHKAHKAH

Wanita ni menipu aku ka???

Kesimpulannya senang ja, aku x berniat nak memalukan sesiapa, Allah Maha Mengetahui dan hak Allah untuk menghina atau memuliakan... nak bercinta? selepas kahwin, kita bercinta kerana Allah... kpd tuan empunya badan, sy rasa kecewa dan terhina... InsyaAllah kita akan berjumpa di muka pengadilan.. Allah sebagai Hakim dan Allah jualah sebagai saksi...

*Best x kena tipu? kikikiki >.<





Thursday, 7 March 2013

Sekadar gambar hiasan...

Sebelum ni aku pernah tulis pasal nak selesaikan masalah dengan masalah... sebenarnya masalah itu perlu dihadapi tetapi hadapinya bukanlah dengan mencari masalah baru untuk selesaikan masalah lama. Contohnya ialah kita berhutang dgn Ahmad RM10, bila tiba masa untuk membayar kita tak punyai duit... ttp untuk bayar juga hutang dgn Ahmad, kita meminjam kepada Saiful RM10.. Itulah cara berhutang untuk membayar hutang... cara ini seperti selesaikan masalah dengan masalah... seperti dlm gambar hiasan yang jalan itu kelihatan tidak berpenghujung... kita sentiasa dihimpit masalah... dan akan datang pula masalah2 baru.. akhirnya kita akan salahkan Tuhan, sedangkan diri sendiri yang mencipta kesusahan..

Carilah alternatif lain, dengan bekerja ataupun berusaha sedaya upaya untuk selesaikan masalah lama dgn meminimumkan kemunginan kpd masalah baru...

Hidup ini kita corakkan, cuma penamat kisah hidup kita hnya Allah yg tentukan... coraklah sebaik mungkin, coraklah dengan pelbagai warna dan hargailah lukisan tersebut bila ia sudah habis dilukis... cantik lukisan itu mahallah harganya, jika buruk lukisan itu, ia tidak berharga dan dibuang dlm tong sampah...

Bersabarlah dalam setiap ujian... kita hamba kesayangan Allah, Dia x akan lupakan kita...









Wednesday, 6 March 2013

Makanan aku sebagai siswa,,, >.<

Assalamualaikum, mungkin inilah makanan asasi kepada pelajar mahasiswa/wi di Malaysia ni... Makanan ni dimakan bila dah xdk duit atau nak bajet hahaha... Semasa PTPTN semua makan mahal2 ataupun paling2 koman pun makan nasi goreng la... tp bila dah habis.. makanan berkhasiat inilah menjadi pilihan... kepada yang bakal menjadi Mahasiswa/wi, hadapilah kenyataan ni (kecualilah hang anak org kaya) hahahaha...
Assalamualaikum... dah lama aku x update blog.. Aku nak cerita sikit pengalaman aku datang awal di Unimas ni.. Aku datang awal sebab nak angkat ikrar sbgai pelajar unimas (malas sebenarnya).. Aku ngan beberapa kawan aku datang awal sebab nak angkat ikrar.. klau x kami pun malas nak datang awal... aku tinggal di kolej cempaka... bilik untuk dua orang tapi aku sorang ja tinggal dalam tu.. siap ada jin kejadah lagi tido ngan aku.. slalu ganggu aku.. ceh nyusah betoi..

Gambar aku ngan kawan2 lepas angkat sumpah




     

Hehehe pelajar Unimas yg telah diiktiraf... aku nak berusaha untuk dapat 3.40 pointer kali ini... matlamat aku nak dapat sekurang-kurangnya sekali anugerah dekan sepanjang aku belajar kat sini (Unimas)
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!